Leia Mais...

SEJARAH SMK TUNKU SYED IDRUS

SMKTSI telah ditubuhkan pada tahun 1977. Pada masa itu SMKTSI dikenali sebagai SMK Tampin. Tanggal 1 Julai 1977 seramai 654 orang pelajar dan 24 orang guru yang diketuai oleh Tuan Pengetua yang pertama iaitu En. Zainal Abidin Bin Abdul Majid telah berjalan sejauh 1km ke sekolah baru yang menjadi asas kepada warga SMKTSI.

Pada peringkat awal SMKTSI hanya mempunyai 2 blok bangunan dua tingkat yang terdiri dari 10 bilik darjah, 2 makmal sains, 2 bilik ekonomi rumah tangga dan sebuah pejabat sekolah selain daripada kantin. Akibat kekurangan kelas, "kelas terapung" terpaksa diadakan.

Pentadbir-pentadbir yang berwibawa dan berkepimpinan tinggi seperti En. Zainal Abidin Hj. Abdul Majid, En. Mohd Harun, En. Zahidin Hj. Sidek, En. Zain Ariffin, Tuan Hj.Othman Bin Hj. Ismail, Tuan Hj Ibrahim Bin Yon, Pn. Ong Peck Bee, Pn. Saleha Bt Sharif, dan Pn Hjh Fauziah Bt Harun telah mencetus pelbagai idea dan kaedah untuk memajukan SMKTSI dari segi pembangunan fizikal, prestasi akademik dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum.

Mulai tahun 1990 hingga sekarang, pelbagai perubahan terhadap infrastruktur bangunan sekolah telah dilakukan. Pada tahun 2003 sebuah makmal komputer 2 tingkat telah dibina berhadapan dengan pejabat sekolah. Makmal ini dibina untuk memberi peluang dan pendedahan awal kepada para pelajar mendalami bidang IT dan ICT dan seiring dengan gagasan serta wawasan negara untuk mencapai negara maju pada tahun 2020.

Dalam tahun 31 tahun, SMKTSI tetap teguh berdiri dengan slogan "Tekun Takluk Semua" mampu menyedarkan dan memupuk warga SMKTSI akan nilai ketekunan dan kerajinan yang mampu melahirkan generasi yang dapat membangunkan negara pada masa hadapan.

Gagasan ini mampu menggerakkan minda mereka agar terus maju ke hadapan dalam apa jua bidang dan secara tidak langsung SMKTSI mampu menyerlahkan imejnya sebagai institusi yang dikagumi.

Tidak boleh dilupakan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang merupakan pendorong utama dalam penyediaan SMKTSI ke arah Sekolah Bestari dan kecemerlangan akademik. Keunggulan dan kesohoran SMKTSI perlu terus diwar-warkan.

Leia Mais...

© 2008 Por *Templates para Você*